Monday, March 14, 2016

Apa itu ‘Healing Crisis’?




‘Healing Crisis’ atau lebih difahami sebagai krisis penyembuhan/pemulihan berlaku apabila badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh.

Proses ini sering disalah erti. Ramai yang beranggapan ia akan memburukkan lagi keadaan individu dan merupakan ketidakserasian terhadap vitamin/supplement. Ia adalah TIDAK BENAR! Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses pembuangan toksin dan elemen-elemen tidak sihat dari dalam badan. Proses ini adalah perlu untuk ‘membersihkan’ badan kita daripada elemen-elemen yang merbahaya dan tidak sihat agar kita mendapat kesihatan yang lebih baik.

Sebenarnya apa yang dialami itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah proses penyembuhan yang baik untuk tubuh badan dan menandakan vitamin/supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik. Bila toksin dah dikeluarkan mudahlah penyerapan vitamin yang kita makan.




Dalam tempoh ‘healing crisis’ ini, seseorang individu akan mengalami beberapa ketidakselesaan seperti sakit kepala, mual, letih, ruam pada kulit, cirit birit, demam, dan sebagainya mengikut keadaan badan individu tersebut. Namun, ia hanya bersifat sementara. Ada yang mengalaminya 1-2 hari, minggu, atau mungkin bulan, terpulang kepada tahap kesihatan individu terbabit.


Bagaimana Nak Kurangkan Kesan ‘Healing Crisis’?

Minum air suam/plain water dengan banyak dan kerap dapat membantu dalam mengatasi ‘healing crisis’. Badan kita memerlukan air yang banyak untuk menyahtoksik elemen-elemen tidak baik tadi keluar dari badan. Walaupun ada yang merungut kerana terpaksa pergi ke tandas dengan kerap. Tetapi, itulah yang terbaik. Jadi, jika anda mengalami ‘healing crisis’ selepas mengambil/amal Jamu Nenek, amalkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. InsyaAllah, kesan itu akan berkurang dengan izinNya. Perlu diingatkan, ‘healing crisis’ bukan bererti Jamu Nenek tidak serasi dengan badan pengguna, tetapi ia menunjukkan petanda baik kerana badan kita bertindak balas dengan jamu yang anda makan.




Selain daripada minum banyak air, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga dapat membantu. Ini kerana buah dan sayur mengandungi banyak serat yang boleh menjadi medium pembuangan toksin daripada najis.


Jom tengok contoh kesan-kesan ‘healing crisis’ dan apa yang menyebabkan ianya berlaku:


1) Keletihan/Mengantuk
- Tubuh berasid, fungsi hati lemah, terlalu letih/perlukan lebih rehat

2) Sakit Kepala/Kepala Berat
- Tekanan darah tinggi, tanda2 detoksifikasi

3) Demam/Keresahan
- Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan

4) Cirit birit, Kerap membuang air besar, Najis gelap & berbau, Air kencing berbau busuk
- Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon

5) Kembung perut
- Sistem penghadaman lemah

6) Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
- Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah

7) Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
- Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi

8) Hidung berdarah
- Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)

9) Sakit di bahagian otot dan sendi
- Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit

10) Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
- Proses penyembuhan semakin cepat

11) Insomnia atau hiperaktif

- Sistem Saraf yang lemah

12) Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
- Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon

13) Pendarahan ketika membuang air besar
- Mungkin buasir

14) Pening, lapar
- Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup darah merah)

15) Loya, sembelit, sedu
- Sistem penghadaman lemah, masalah hati

16) Slight Edema (bengkak)
- Masalah buasir


Ada diantara simptom2 diatas anda alami selepas mengamalkan Jamu Nenek?  Jangan bimbang kerana ianya bersifat sementara insyaAllah dan bertujuan untuk memperbaiki sistem dalaman tubuh anda. ^_^