PENGENALAN

Apa Itu Jamu Bonda?


Jamu Bonda merupakan sebuah jenama rangkaian produk berasaskan 100% herba semulajadi dan merupakan resepi nenek moyang yang mula diwarisi dan diamalkan sejak tahun 1982. 

Seusia pengasasnya Puan Norzawani Che Omar,  Jamu Bonda awalnya diamalkan oleh bonda pengasas sewaktu berpantang.  Ianya mula diniagakan secara kecil-kecilan pada tahun 1998 kepada kenalan terdekat, kini Jamu Bonda telah dikomersialkan dan mula menjadi buah mulut masyarakat kerana keberkesanannya meningkatkan kualiti kesihatan tubuh. 


Ramuan yang terdapat dalam setiap kapsul Jamu Bonda hanya berasaskan 100% herba terpilih yang melalui proses pengeringan dan kisar untuk dijadikan debu yang paling halus dan berkualiti yang mana khasiat dan warnanya yang asli kekal terjaga. Ramuan kemudiannya dimasak pada suhu yang sesuai bagi menjaga khasiat serta keberkesanan herba lalu terhasilnya kapsul yang menjamin kesan optimum kepada pengguna.

Jamu Bonda kini mempunyai lebih 15 jenis produk dibawah Jamu Bonda Global termasuklah set berpantang, kopi & susu kecantikan. 

No comments:

Post a Comment