Post title pun dah macam satu entry dia punya panjang kauuu!
Disini Ekin ingin mengumumkan bahawa Ekin BUKAN LAGI PENGEDAR produk Jamu Nenek atas sebab-sebab yang sukar untuk diperjelaskan kerana Ekin sendiri tak jelas dengan tindakan HQ yang sesuka hati terminate pengedar tanpa sebab munasabah (tiada penjelasan & perbincangan) dan mengelak apabila menerima feedback negatif (yang dilaporkan pengedar kepada HQ untuk quality check) sampai sis petir kena tempias komplen pengguna2 sebab orang ingat aku ni HQ. Bagitau feedback negatif untuk penambah baikan pun kena terminate??? Yassss! Ianya berlaku. Okbai malas nak cerita panjang. Satgi tujuh keturunan tak abis kalau nak tau sangat PM tepi. Hahaha.
Sis Petir & beberapa bekas pengedar dikecam hebat serta difitnah alik belakang bak ribut bila buat clearance sale untuk jamu tersebut (yela nak cakap depan tiada siapa pulak yang berani. Berani belakang2 sahaja lah. Tapi kami lek lek jerrr. Takde pun miskin sampai tinggal spender. Kah!). Ehem! we ols dah kena terminate tanpa sebab, jamu-jamu tu semua nak suruh mereput ke? Mestilah perlu diclearkan supaya boleh balik modal. Malas nak komen isu main harga sebab HQ pun main-main je bisnes dengan pengedar sendiri. Tengs a lot.
Entry ini obviously akan menjadi isu. Kecik atau besar lantak lah yang penting aku settlekan apa yang patut aku settle. Mulut orang boleh bawak cerita. There's always 2 sides of the story. Bukti pun berlambak tapi tak perlu la Ekin nak cerita panjang lagi.
Disclaimer: Entry ini adalah berunsur pendapat atau kenyataan peribadi berkaitan apa yang berlaku kepada Ekin (penulis) sendiri dan bukan berniat menjatuh atau memburuk-burukkan sesiapa/mana-mana produk yang disebutkan atau atas pengaruh sesiapa. Hanya bertujuan memberi penjelasan umum. Walaupun tetap akan nampak dah buruk kat memana celah. Aku disclaimer awal-awal kang kena saman pulok.
Habis lah cerita yang menyakitkan hati tak mahu ku kenang lagi ittew.
*******
Apa yang Ekin nak cerita harini, memandangkan masih ramai yang text sebab ingat Ekin masih jual Jamu Nenek & ingatkan Ekin HQ, Ekin nak bagitau yang Ekin sekarang merupakan pengedar JAMU BONDA. Stokis sahaja. Bukan HQ jauh lagi nak jadi Leader. Jamu Bonda homemade asli turun temurun sejak 1982. Kat sini Ekin story sikit asal usul Jamu Bonda hokey bagi yang belum pernah dengar.
Pengasas Jamu Bonda - Norzawani Che Omar
*******
Ehhhh jap jap "Kenapa produk2 Jamu Bonda & Jamu Nenek ni lebih kurang je sis?", "Kenapa gambar pun lebih kurang?", "Yang best sekali KENAPA NAMA AYAH PENGASAS2 NI MACAM SAMA JE?". "Packaging pun???"
Ni ni kenapa gambar sama ni? Jamu Bonda ni tiru Jamu Nenek ke???
Dah memang la sama sebab diorang ADIK BERADIK. Ya! Jamu Bonda (kepunyaan kakak) & Jamu Nenek (kepunyaan adik) pengasasnya adik beradik. Bab gambar tu uols tak payah la tanya banyak dah memang Ekin yang tukang edit gambar-gambar tu dari zaman bersama JN sehingga beralih ke JB thats why genetiknya lebih kurang jela hahaha! Bab jenis produk lebih kurang sama tu, packaging sama tu, memandangkan mereka mewarisi resepi keluarga, mungkin itulah yang buatkan kebanyakan produk macam lebih kurang sama. Alaaa dah besar pepandai la pikir sendiri. Maka, isu JAMU FAKE, JAMU ITU TIRU JAMU INI ADALAH TAK MUNASABAH & TAK VALID YE. Jangan duk termakan sangat hasutan & fitnah orang yang tahu hujung pangkal cerita tapi acah-acah tok nujum tahu semua.
TAPIIIII!!!!!
Sis petir nak tekankan kat sini ya. RAMUAN / RESEPI YANG DIGUNAKAN OLEH JAMU BONDA ADALAH BERBEZA. LAIN. DIFFERENT. TAK SAMA. TAK. SAMA. DENGAN. JAMU. LAGI. SATU. TU. Production pun bukan di tempat yang sama. Kira senang cerita depa ni tiada kaitan antara satu sama lain berkaitan produk memasing. Jangan kaitkan kami plisss...(wah macam retisss)
Penyediaan Jamu Bonda adalah secara homemade diramu sendiri oleh pengasasnya Puan Waniey dan kemudiannya dihantar ke kilang untuk dikapsulkan. Pembotolan pula masih dibuat secara manual. Berbeza dengan Jamu Nenek, setakat yang Ekin tahu sampai tarikh Ekin berhenti sebagai pengedar, 3 jamu utama keluaran Jamu Nenek dikilangkan under Seri Ummi MH dan D'Azaa Herbs memegang status PENGEDAR seperti yang tertera di botol. Adakah pengedar tu pemilik ya? Tak pasti. Alahhh korang check sendiri la kat no KKM tuh. Yang lain i donno dah & tak lagi berminat untuk ambil tahu. Nak tau lebih lanjut pi tanya pengedar JN ya. Mereka ada jawapan lebih tepat. Ai bukan pengedar dah.
Perbezaan lain dua jenis jamu ni jugak ialah Jamu Nenek sudah memperoleh KKM untuk 3 jamu they ols sahaja manakala Jamu Bonda masih lagi dalam proses permohonan no KKM untuk produk2 herba Jamu Bonda. Nak dapat KKM bukan macam gi beli gula-gula kat kedai nah. Bayar doposen dapat sebijik gula2. NO NO NO. Banyak prosedur terutamanya bagi produk kesihatan lebih-lebih lagi kalau kita follow saluran yang betul. Kelulusan KKM sangat penting, tapi bagi sis petir, penjagaan KUALITI BERTERUSAN LEBIH PENTING & SIKAP TANGGUNGJAWAB PENGELUAR TERHADAP PRODUK YANG DIKELUARKAN LAGI LAH PENTING. If you know what I mean.... SAYA PILIH PRODUK BERKUALITI & PENGASAS BERTANGGUNGJAWAB. Harapnya pisang tak berbuah berkali-kalilah.
OK MEH KITA BUAT REVISION:
1) Ekin/Sis Petir BUKAN LAGI PENJUAL JAMU NENEK kerana diterminate tetiba tanpa penjelasan.
2) Ekin/Sis Petir kini merupakan STOKIS JAMU BONDA.
3) Jamu Bonda TIDAK MENIRU Jamu Nenek seperti stori mory lucu yang sampai ke pengetahuan kami. Jamu Bonda juga BUKAN REPACKING Jamu Nenek. Harap maklong ya.
4) Pengasas kedua-dua brand adalah ADIK BERADIK.
5) Ramuan totally TIDAK SAMA! Tidak dihasilkan di tempat yang sama.
6) Jamu Bonda belum ada KKM, homemade, asli air tangan pengasas. Jamu Nenek pula 3 jenis sudah ada KKM keluaran kilang Seri Ummi MH.
Pilih yang mana suka yang mana serasi. Takde yang buruk insyaAllah, yang ada mungkin ketidakserasian ramuan. Ekin sendiri amalkan Jamu Nenek 3-4 tahun serasi & puas hati. Berubah arah selepas ketidakserasian dengan packaging terbaru & kes kelakar yang tak disangka-sangka akan ku alami ketika berbisnes jamu ini.
Pilih yang mana suka yang mana serasi. Takde yang buruk insyaAllah, yang ada mungkin ketidakserasian ramuan. Ekin sendiri amalkan Jamu Nenek 3-4 tahun serasi & puas hati. Berubah arah selepas ketidakserasian dengan packaging terbaru & kes kelakar yang tak disangka-sangka akan ku alami ketika berbisnes jamu ini.
Itu lah secara ringkasnya penjelasan peribadi dari Ekin. Jika ada ketidakpuasan hati atau apa2 persoalan boleh direct PM/EMAIL/WASAP bertanya ya. Jawapan semuanya jujur2 sahaja insyaAllah.
Sekali lagi ditekankan entry ini hanya untuk menjawab banyak soalan yang sama diterima berkenaan dua jenis jamu ni sampai aku naik menyampah nak jawab sorang-sorang. Hahaha. Kalau sis petir tak reply enquiry berkenaan JN tu pepaham la yer. Sis dengki? Sis saja nak jatuhkan produk yang tengah nak naik? Cakap lah apa pun dah letih nanti senyap la korang. Eh aku ni jenis tak reti la nak buruk-burukkan orang tau. Reti jujur je. Kahkah. Alang-alang orang duk tanya meh kita jawab je sekaligus. Ampun dipinta sekiranya ada yang terguris dengan kejujuran sis. I just can't help it & not my type jugak to get cheap publicity/marketing. Kita penjual jamu kecik-kecik jurr. Tak jual agama. Eh!?
Baidewei, page sis yang dulunya menggunakan nama brand tersebut kini sudah bertukar namanya kepada Mousfira Beauty & Wellness. Khas untuk produk2 wellness & skincare organic yang sis jual.
Till then... nanti kita story mory pasal kebaikan produk2 Jamu Bonda yang insyaAllah bermanfaat untuk meningkatkan kualiti kesihatan uols okay. Cau Cin Cauuuu...
.