Wednesday, July 19, 2017

JAMU BONDA dan JAMU NENEK tu SAMA Ke? Jamu Bonda tu FAKE? Jamu Bonda tu TIRU Jamu Nenek?? Meh baca penjelasan lanjut

Assalammualaikum ^_^

Post title pun dah macam satu entry dia punya panjang kauuu!


Disini Ekin ingin mengumumkan bahawa Ekin BUKAN LAGI PENGEDAR produk Jamu Nenek atas sebab-sebab yang sukar untuk diperjelaskan kerana Ekin sendiri tak jelas dengan tindakan HQ yang sesuka hati terminate pengedar tanpa sebab munasabah (tiada penjelasan & perbincangan) dan mengelak apabila menerima feedback negatif (yang dilaporkan pengedar kepada HQ untuk quality check) sampai sis petir kena tempias komplen pengguna2 sebab orang ingat aku ni HQ.  Bagitau feedback negatif untuk penambah baikan pun kena terminate??? Yassss! Ianya berlaku.  Okbai malas nak cerita panjang.  Satgi tujuh keturunan tak abis kalau nak tau sangat PM tepi. Hahaha.

Sis Petir & beberapa bekas pengedar dikecam hebat serta difitnah alik belakang bak ribut bila buat clearance sale untuk jamu tersebut (yela nak cakap depan tiada siapa pulak yang berani.  Berani belakang2 sahaja lah.  Tapi kami lek lek jerrr. Takde pun miskin sampai tinggal spender. Kah!).  Ehem! we ols dah kena terminate tanpa sebab, jamu-jamu tu semua nak suruh mereput ke?  Mestilah perlu diclearkan supaya boleh balik modal.  Malas nak komen isu main harga sebab HQ pun main-main je bisnes dengan pengedar sendiri. Tengs a lot.

Entry ini obviously akan menjadi isu.  Kecik atau besar lantak lah yang penting aku settlekan apa yang patut aku settle.  Mulut orang boleh bawak cerita.  There's always 2 sides of the story.  Bukti pun berlambak tapi tak perlu la Ekin nak cerita panjang lagi.

Disclaimer:  Entry ini adalah berunsur pendapat atau kenyataan peribadi berkaitan apa yang berlaku kepada Ekin (penulis) sendiri dan bukan berniat menjatuh atau memburuk-burukkan sesiapa/mana-mana produk yang disebutkan atau atas pengaruh sesiapa.  Hanya bertujuan memberi penjelasan umum.  Walaupun tetap akan nampak dah buruk kat memana celah.  Aku disclaimer awal-awal kang kena saman pulok.

Habis lah cerita yang menyakitkan hati tak mahu ku kenang lagi ittew.

*******

Apa yang Ekin nak cerita harini, memandangkan masih ramai yang text sebab ingat Ekin masih jual Jamu Nenek & ingatkan Ekin HQ,  Ekin nak bagitau yang Ekin sekarang merupakan pengedar JAMU BONDA.  Stokis sahaja.  Bukan HQ jauh lagi nak jadi Leader.  Jamu Bonda homemade asli turun temurun sejak 1982.  Kat sini Ekin story sikit asal usul Jamu Bonda hokey bagi yang belum pernah dengar.

Jamu Bonda merupakan resepi nenek moyang yang mula diwarisi dan diamalkan sejak tahun 1982 seusia pengasasnya Puan Norzawani Che Omar yang mana awalnya diamalkan oleh bonda pengasas sewaktu berpantang.  Mula diniagakan secara kecil-kecilan pada tahun 1998 kepada kenalan terdekat, kini Jamu Bonda telah dikomersialkan dan mula menjadi buah mulut masyarakat kerana keberkesanannya meningkatkan kualiti kesihatan tubuh.


Pengasas Jamu Bonda - Norzawani Che Omar

Ramuan yang terdapat dalam setiap kapsul Jamu Bonda hanya berasaskan 100% herba terpilih yang melalui proses pengeringan dan kisar untuk dijadikan debu yang paling halus dan berkualiti yang mana khasiat dan warnanya yang asli kekal terjaga. Ramuan kemudiannya dimasak pada suhu yang sesuai bagi menjaga khasiat serta keberkesanan herba lalu terhasilnya kapsul yang menjamin kesan optimum kepada pengguna.  Nak tengok produk-produk Jamu Bonda yang ada?  Huiiii macam-macam ada uols.  Hah klik link INI nanti dia bawak uols ke official page jamu handle by sis petir hokey.  Boleh survey2 mana berkenan.  Jamu Bonda alhamdulillah semakin berkembang selain produk-produk herba yang super power, ada juga kopi & susu serta makanan tambahan IQ untuk kanak-kanak.  Awesome!

*******

Ehhhh jap jap "Kenapa produk2 Jamu Bonda & Jamu Nenek ni lebih kurang je sis?", "Kenapa gambar pun lebih kurang?", "Yang best sekali KENAPA NAMA AYAH PENGASAS2 NI MACAM SAMA JE?".  "Packaging pun???"


Ni ni kenapa gambar sama ni?  Jamu Bonda ni tiru Jamu Nenek ke???


Dah memang la sama sebab diorang ADIK BERADIK.  Ya!  Jamu Bonda (kepunyaan kakak) & Jamu Nenek (kepunyaan adik) pengasasnya adik beradik.  Bab gambar tu uols tak payah la tanya banyak dah memang Ekin yang tukang edit gambar-gambar tu dari zaman bersama JN sehingga beralih ke JB thats why genetiknya lebih kurang jela hahaha!  Bab jenis produk lebih kurang sama tu, packaging sama tu, memandangkan mereka mewarisi resepi keluarga, mungkin itulah yang buatkan kebanyakan produk macam lebih kurang sama.  Alaaa dah besar pepandai la pikir sendiri.  Maka, isu JAMU FAKE, JAMU ITU TIRU JAMU INI ADALAH TAK MUNASABAH & TAK VALID YE.  Jangan duk termakan sangat hasutan & fitnah orang yang tahu hujung pangkal cerita tapi acah-acah tok nujum tahu semua.

TAPIIIII!!!!!

Sis petir nak tekankan kat sini ya.  RAMUAN / RESEPI YANG DIGUNAKAN OLEH JAMU BONDA ADALAH BERBEZA.  LAIN.  DIFFERENT.  TAK SAMA.  TAK. SAMA. DENGAN. JAMU. LAGI. SATU. TU.  Production pun bukan di tempat yang sama.  Kira senang cerita depa ni tiada kaitan antara satu sama lain berkaitan produk memasing.  Jangan kaitkan kami plisss...(wah macam retisss)


Penyediaan Jamu Bonda adalah secara homemade diramu sendiri oleh pengasasnya Puan Waniey dan kemudiannya dihantar ke kilang untuk dikapsulkan.  Pembotolan pula masih dibuat secara manual.  Berbeza dengan Jamu Nenek, setakat yang Ekin tahu sampai tarikh Ekin berhenti sebagai pengedar,  3 jamu utama keluaran Jamu Nenek dikilangkan under Seri Ummi MH dan D'Azaa Herbs memegang status PENGEDAR seperti yang tertera di botol.  Adakah pengedar tu pemilik ya? Tak pasti.  Alahhh korang check sendiri la kat no KKM tuh.  Yang lain i donno dah & tak lagi berminat untuk ambil tahu.  Nak tau lebih lanjut pi tanya pengedar JN ya.  Mereka ada jawapan lebih tepat.  Ai bukan pengedar dah.


Perbezaan lain dua jenis jamu ni jugak ialah Jamu Nenek sudah memperoleh KKM untuk 3 jamu they ols sahaja manakala Jamu Bonda masih lagi dalam proses permohonan no KKM untuk produk2 herba Jamu Bonda.  Nak dapat KKM bukan macam gi beli gula-gula kat kedai nah.  Bayar doposen dapat sebijik gula2. NO NO NO.  Banyak prosedur terutamanya bagi produk kesihatan lebih-lebih lagi kalau kita follow saluran yang betul.  Kelulusan KKM sangat penting, tapi bagi sis petir, penjagaan KUALITI BERTERUSAN LEBIH PENTING & SIKAP TANGGUNGJAWAB PENGELUAR TERHADAP PRODUK YANG DIKELUARKAN LAGI LAH PENTING.  If you know what I mean.... SAYA PILIH PRODUK BERKUALITI & PENGASAS BERTANGGUNGJAWAB. Harapnya pisang tak berbuah berkali-kalilah.



OK MEH KITA BUAT REVISION:

1) Ekin/Sis Petir BUKAN LAGI PENJUAL JAMU NENEK kerana diterminate tetiba tanpa penjelasan.  
2) Ekin/Sis Petir kini merupakan STOKIS JAMU BONDA.
3) Jamu Bonda TIDAK MENIRU Jamu Nenek seperti stori mory lucu yang sampai ke pengetahuan kami.  Jamu Bonda juga BUKAN REPACKING Jamu Nenek.  Harap maklong ya.
4) Pengasas kedua-dua brand adalah ADIK BERADIK.
5) Ramuan totally TIDAK SAMA! Tidak dihasilkan di tempat yang sama.
6) Jamu Bonda belum ada KKM, homemade, asli air tangan pengasas.  Jamu Nenek pula 3 jenis sudah ada KKM keluaran kilang Seri Ummi MH.

Pilih yang mana suka yang mana serasi.  Takde yang buruk insyaAllah, yang ada mungkin ketidakserasian ramuan.  Ekin sendiri amalkan Jamu Nenek 3-4 tahun serasi & puas hati. Berubah arah selepas ketidakserasian dengan packaging terbaru & kes kelakar yang tak disangka-sangka akan ku alami ketika berbisnes jamu ini.



Itu lah secara ringkasnya penjelasan peribadi dari Ekin.  Jika ada ketidakpuasan hati atau apa2 persoalan boleh direct PM/EMAIL/WASAP bertanya ya.  Jawapan semuanya jujur2 sahaja insyaAllah. 

Sekali lagi ditekankan entry ini hanya untuk menjawab banyak soalan yang sama diterima berkenaan dua jenis jamu ni sampai aku naik menyampah nak jawab sorang-sorang.  Hahaha.  Kalau sis petir tak reply enquiry berkenaan JN tu pepaham la yer.  Sis dengki? Sis saja nak jatuhkan produk yang tengah nak naik? Cakap lah apa pun dah letih nanti senyap la korang.  Eh aku ni jenis tak reti la nak buruk-burukkan orang tau.  Reti jujur je.  Kahkah.  Alang-alang orang duk tanya meh kita jawab je sekaligus.  Ampun dipinta sekiranya ada yang terguris dengan kejujuran sis.  I just can't help it & not my type jugak to get cheap publicity/marketing.  Kita penjual jamu kecik-kecik jurr.  Tak jual agama.  Eh!?

Baidewei,  page sis yang dulunya menggunakan nama brand tersebut kini sudah bertukar namanya kepada Mousfira Beauty & Wellness.  Khas untuk produk2 wellness & skincare organic yang sis jual.  


Till then... nanti kita story mory pasal kebaikan produk2 Jamu Bonda yang insyaAllah bermanfaat untuk meningkatkan kualiti kesihatan uols okay.  Cau Cin Cauuuu... 





.

Thursday, February 23, 2017

Bolehkah Consume Ubat/Jamu dengan Air Kelapa?


AIR KELAPA DENGAN UBAT-UBATAN

"Jangan minum air kelapa dengan ubat, nanti ubat tu tidak berkesan".  Pesanan yang sering kita dengari terutama daripada golongan orang-orang tua kita.

Ramai yang bertanya, betul ke minum air kelapa bersama-sama ubat-ubatan akan mengurangkan keberkesanan sesuatu ubat itu?

Soalan ini nampak mudah namun ia sebenarnya bermaksud interaksi antara ubat dengan minuman.

Secara umumnya interaksi boleh memberi kesan sama ada meningkatkan kesan ubat dalam tubuh badan atau mengurangkan kesannya.


Air kelapa

Air yang terkandung di dalam tempurung kelapa muda. Sedang elok jika diambil ketika buah kelapa berumur 5-7 bulan.

Secara semula jadi air kelapa berasa manis namun mempunyai nilai kalori yang rendah.
Kandungan air kelapa adalah 94% air dan mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula dan elektrolit.

Selain daripada itu ia juga mengandungi pelbagai jenis hormon tumbuh-tumbuhan, enzim, asid amino, vitamin c dan boleh menjadi sumber yang baik untuk garam potasium (K+).


Khasiat Air Kelapa

Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit birit atau selepas senaman.

Air kelapa juga juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh yang dimasukkan melalui suntikan Intravena (IV).

Terdapat juga beberapa kajian yang menunjukkan air kelapa boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi).

Menurut kajian untuk khasiat menurunan tekanan darah sistolik ini memerlukan dos 300ml air kelapa diambil 2 kali dalam sehari.

Walau bagaimanapun lebih banyak kajian pembuktian diperlukan untuk mengesahkan khasiat air kelapa terhadap manfaat kesihatan tubuh terutama dalam menurunkan tekanan darah tersebut.


Interaksi air kelapa dengan ubat, herba dan suplemen

Kajian klinikal peringkat awal menunjukkan minum air kelapa mungkin boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi).

Secara teorinya penggunaan bersama-sama air kelapa dengan ubat anti-herpentensi (Ubat mengurangkan tekanan darah) mungkin boleh menyebabkan kesan tambahan terhadap pengurangan tekanan darah seterusnya boleh memberi risiko tekanan darah menjadi rendah.

Begitu juga sekiranya air kelapa diambil dengan herba dan suplemen yang dipercayai mempunyai kesan mengurangkan tekanan darah. Sebagai contoh peptida kasein, cat’s claw, koenzim Q-10, minyak ikan, L-arginine, lycium, stinging nettle, theanine, mengkudu, belimbing buluh dan lain-lain

Interaksi dengan penyakit

Oleh kerana air kelapa mempunyai kandungan garam potasium (k+) yang agak ketara maka ia boleh menerukkan lagi keadaan hiperkalemia seseorang individu.

Jika diminum dalam satu jumlah yang banyak mungkin boleh meningkatkan risiko hyperkalemia bagi pesakit yang mempunyai kekurangan fungsi buah pinggang.


Keselamatan Air Kelapa

Air kelapa sekiranya diambil secara minuman dengan jumlah yang berpatutan adalah selamat.

Tiada kerisauan terhadap faktor keselamatan dalam pengambilan air kelapa. Begitu juga sekiranya air kelapa diambil oleh kanak-kanak.

Namun tiada data yang mencukupi untuk keselamatan pengambilan air kelapa dalam kalangan wanita mengandung dan menyusukan anak.

Sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik tidak mengambilnya semasa mengandung atau menyusukan anak.

Tindakan yang boleh diambil

Air kelapa adalah selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun bagi pesakit hipertensi yang sedang menerima ubat-ubatan perlu berhati-hati dalam pengambilan minuman air kelapa ini.

Jika diambil berlebihan air kelapa ini ia berpotensi mempunyai kesan tambahan dalam pengurangan tekanan darah. Begitu juga bagi pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pinggang.

Perlu sedikit pemantauan jika tekanan darah menjadi rendah (hipotensi).

Antara tanda dan gejala tekanan darah rendah adalah pening atau merasa pusing, penglihatan kabur, kekeliruan, kelemahan dan loya (perasaan sakit perut).

Jika alami situasi di atas, sahkan dengan mengambil ukuran tekanan darah menggunakan alat pemantauan tekanan darah sendiri di rumah.

Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di paras lebih rendah dari 90/60 mmHg.

Rawatan tidak diperlukan sekiranya tidak mempunyai apa-apa tanda dan gejala walaupun tekanan darah adalah rendah.

Sekiranya merasa pening atau hampir pitam, ambil tindakan untuk duduk atau baring. Letakkan kaki separas dengan jantung ketika berbaring atau duduk sambil meletak kepala di antara lutut.

Jika tanda atau gejala tekanan darah rendah masih berkekalan, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Kesimpulan

Bukan air kelapa sahaja boleh dibincangkan dalam situasi interaksi ubat dengan minuman.

Terdapat beberapa lagi contoh interaksi minuman dengan ubat-ubatan seperti interaksi ferus dengan susu, ubat anti-kolesterol (atorvastatin) dengan jus limau gedang (grapefruite) dan ubat warfarin dengan teh hijau. (Semua contoh ini telah dibuktikan dengan kajian).

Justeru jika air kelapa diambil dalam kuantiti yang tidak berlebihan, mungkin interaksi dengan ubat-ubatan tidak terlalu ketara.

Walau bagaimanapun perlu berhati-hati dalam pengambilan air kelapa (diambil dalam kuantiti yang berlebihan) jika ada mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi dan pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pingang.

Rujuk dahulu dengan ahli farmasi atau doktor merawat sebelum mengambil sesuatu bersama-sama ubat-ubatan agar interaksi ubat dapat diteliti terlebih dahulu.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkaitan ubat-ubatan, boleh menguhubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722.

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa

Sumber - Siakap Keli

Monday, March 14, 2016

Apa itu ‘Healing Crisis’?




‘Healing Crisis’ atau lebih difahami sebagai krisis penyembuhan/pemulihan berlaku apabila badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh.

Proses ini sering disalah erti. Ramai yang beranggapan ia akan memburukkan lagi keadaan individu dan merupakan ketidakserasian terhadap vitamin/supplement. Ia adalah TIDAK BENAR! Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses pembuangan toksin dan elemen-elemen tidak sihat dari dalam badan. Proses ini adalah perlu untuk ‘membersihkan’ badan kita daripada elemen-elemen yang merbahaya dan tidak sihat agar kita mendapat kesihatan yang lebih baik.

Sebenarnya apa yang dialami itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah proses penyembuhan yang baik untuk tubuh badan dan menandakan vitamin/supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik. Bila toksin dah dikeluarkan mudahlah penyerapan vitamin yang kita makan.




Dalam tempoh ‘healing crisis’ ini, seseorang individu akan mengalami beberapa ketidakselesaan seperti sakit kepala, mual, letih, ruam pada kulit, cirit birit, demam, dan sebagainya mengikut keadaan badan individu tersebut. Namun, ia hanya bersifat sementara. Ada yang mengalaminya 1-2 hari, minggu, atau mungkin bulan, terpulang kepada tahap kesihatan individu terbabit.


Bagaimana Nak Kurangkan Kesan ‘Healing Crisis’?

Minum air suam/plain water dengan banyak dan kerap dapat membantu dalam mengatasi ‘healing crisis’. Badan kita memerlukan air yang banyak untuk menyahtoksik elemen-elemen tidak baik tadi keluar dari badan. Walaupun ada yang merungut kerana terpaksa pergi ke tandas dengan kerap. Tetapi, itulah yang terbaik. Jadi, jika anda mengalami ‘healing crisis’ selepas mengambil/amal Jamu Nenek, amalkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. InsyaAllah, kesan itu akan berkurang dengan izinNya. Perlu diingatkan, ‘healing crisis’ bukan bererti Jamu Nenek tidak serasi dengan badan pengguna, tetapi ia menunjukkan petanda baik kerana badan kita bertindak balas dengan jamu yang anda makan.




Selain daripada minum banyak air, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga dapat membantu. Ini kerana buah dan sayur mengandungi banyak serat yang boleh menjadi medium pembuangan toksin daripada najis.


Jom tengok contoh kesan-kesan ‘healing crisis’ dan apa yang menyebabkan ianya berlaku:


1) Keletihan/Mengantuk
- Tubuh berasid, fungsi hati lemah, terlalu letih/perlukan lebih rehat

2) Sakit Kepala/Kepala Berat
- Tekanan darah tinggi, tanda2 detoksifikasi

3) Demam/Keresahan
- Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan

4) Cirit birit, Kerap membuang air besar, Najis gelap & berbau, Air kencing berbau busuk
- Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon

5) Kembung perut
- Sistem penghadaman lemah

6) Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
- Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah

7) Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
- Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi

8) Hidung berdarah
- Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)

9) Sakit di bahagian otot dan sendi
- Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit

10) Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
- Proses penyembuhan semakin cepat

11) Insomnia atau hiperaktif

- Sistem Saraf yang lemah

12) Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
- Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon

13) Pendarahan ketika membuang air besar
- Mungkin buasir

14) Pening, lapar
- Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup darah merah)

15) Loya, sembelit, sedu
- Sistem penghadaman lemah, masalah hati

16) Slight Edema (bengkak)
- Masalah buasir


Ada diantara simptom2 diatas anda alami selepas mengamalkan Jamu Nenek?  Jangan bimbang kerana ianya bersifat sementara insyaAllah dan bertujuan untuk memperbaiki sistem dalaman tubuh anda. ^_^







Tuesday, February 23, 2016

Kenapa Badan Kita Perlu Detoksifikasi?


Ramai yang tak jelas mengenai maksud detox yang sebenar dan betapa pentingnya proses detox kepada kesihatan tubuh badan kita. 

Kenapa tubuh perlukan Detoksifikasi?

1. Singkir Toksin 

Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toksin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK!.. errkkk. Patutlah kulit makin kusam & kasar..

2. Mengelakkan Penyakit Kronik
Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toxin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit.

3. Menguatkan Sistem Imun
Semakin banyak pencemaran dan toxin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.

4. Mengurangkan Berat Badan
Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit lain seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.

5. Melambatkan Kesan Penuaan
Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam dan toxin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.

6. Meningkatkan Kualiti
Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toxin dan pencemaran yang . Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.

7. Tingkatkan Tenaga
Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meningkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga.

8. Membaiki Tahap Kesihatan Kulit
Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut.

9. Menyihatkan Minda dan Emosi
Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.

10. Memperbetulkan Semua Sistem Tubuh
Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.



Tak gemarkan sayur dalam diet harian? 
Buah buahan pun tak gemar? Apatah lagi ulam-ulaman?


JOM DETOKS CARA MUDAH DENGAN JAMU NENEK.  CUMA TELAN DAN BIARKAN KHASIAT JAMU MENJALAN TUGAS MENYINGKIRKAN TOKSIN & LEMAK BERLEBIHAN DALAM BADAN ANDA!

Monday, February 15, 2016

Rawatan Meruang Untuk Penjagaan Faraj

APAKAH ITU MERUANG?

Ramai wanita yang kurang ambil berat mengenai Rawatan Meruang.

Meruang seeloknya dilakukan setiap kali berhadas besar. Bermakna selepas haid, nifas atau selepas bersama suami.

Meruang sangat2 penting bagi mengekalkan kebersihan dan kemantapan faraj setiap untuk:

  • Mengelakkan keluarnya bau tidak menyenangkan dari faraj akibat kotoran darah/mani yg tertinggal.
  • Mengelakkan masalah keputihan
  • Merupakan cara mencegah penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
  • Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.
  • Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.

POSISI MERUANG (rujuk gambar)
1. Duduk di atas toilet bowl
2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl

CARA MERUANG.
1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan.
2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-rujuk gambar) dalam keadaan paha yg rileks. Memadai masukkan jari sehingga ruas pertama sahaja bagi anak dara.
3. Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.


Sumber: Google Image



Melalui proses ini kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi, maka ia bermaksud faraj anda sangat2 memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak, maksudnya faraj anda tidak rapi.

Ini juga merupakan cara2 untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas proses meruang, wanita itu tidak wajib solat.





Almaree Jamu Nenek Ekin
📲0133969564
🚗 Batu Caves, Bank Negara, Kuantan & Jerantut (occasionally)
📦 Daily shipping via Poslaju
💁 Free consultation

Monday, February 1, 2016

Fast Facts Tentang Jamu Nenek D'Azaa Herbs


Jamu Nenek telah diwarisi dari turun temurun sejak dari tahun 1982, oleh satu keluarga yang berketurunan campuran Melayu - Cina - Siam terletak di Pasir Mas Kelantan. Dari sekadar mengamalkan ramuan herba dan akar-akar kayu untuk kegunaan keluarga, kini ianya telah dikomersialkan dan mula dikenali oleh masyarakat.

Ramuan yang terdapat dalam setiap kapsul Jamu Nenek merupakan adunan serbuk dari bahan-bahan yang telah melalui proses pengeringan, kisar, masak sehingga garing (goreng), dizikirkan/disolat hajatkan, pengisian kapsul sehinggalah proses "packaging" serta penghantaran kepada stokis-stokis, agen-agen2 & kilang-kilang yang membuat tempahan. Terdapat lebih dari 200 jenis campuran ulam-ulaman, herba, putik / pucuk, rempah-ratus, akar-akar kayu, bunga-bungaan, makanan sunnah, malah saffron juga digunakan untuk menghasilkan kapsul yang berkualiti bagi menjamin kepuasan pelanggan.

Kini, terdapat lebih dari 9 jenis produk Jamu Nenek beserta harga yang berpatutan & mampu milik oleh semua golongan masyarakat. Pengasasnya merupakan seorang anak muda yang baru berumur lewat 20-an, tetapi mempunyai semangat yang besar & mampu membawa produk warisan turun temurun bersaing dengan jenama ternama di pasaran. Walaupun diuji, diduga & dilontarkan dengan pelbagai halangan namun, jiwanya yang kental & berwawasan sedikitpun tidak menggoyahkan azamnya untuk lebih maju kehadapan. Antara produk yang telah dikeluarkan adalah :

Produk Jamu Nenek:-
  • Jamu Dara Awet Muda (RM25)
  • Jamu Teruna Awet Muda (RM25)
  • Jamu Detoks Diet (RM25)
  • Jamu Diabetes (RM25)
  • Jamu Herbs For Skin (RM25)
  • Jamu Herba Putik (RM25)
  • Jamu Pucuk Dara (RM20)
  • Set Zuriat Adam&Hawa (RM50/2 botol)
  • Sabun Bird Nest Collagen (RM25)
  • Set Berpantang Jamu Nenek (rm130)

Pengasas Jamu Nenek - Norzafirah Che Omar


Sehingga hari ini, beliau telah melahirkan puluhan stokis & agen, yang sentiasa menyokong beliau mengembangkan sayapnya sehingga ke luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia, Canada, Egypt dan sebagainya. Walaupun dilihat pada cara pembungkusannya yang dianggap "low class", "produk cabuk", "lekeh" tetapi siapa sangka, penggunanya tidak langsung memandang pada luaran malah, kualiti terbaik yang dihasilkan mengatasi kekurangan yang terserlah. Syabas! Anak muda ini membuka banyak peluang perniagaan & sumber rezeki kepada masyarakat khususnya kepada ibu-ibu tunggal, orang kelainan upaya, anak-anak yatim & amnya kepada sesiapa sahaja yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Jamu Nenek hari ini menjadi sebutan masyarakat di negara ini kerana produknya merupakan bahan pelengkap kepada nutrien yang diperlukan oleh badan manusia. Berbeza dengan segala jenis "suppliment" yang ada dipasaran, jamu nenek hanyalah pemakanan herba seperti yang diamalkan oleh nenek moyang kita suatu masa dahulu, cuma kaedah & caranya telah dimodenkan serta dipermudahkan. Namun, khasiat & kebaikannya sedikitpun tidak hilang. Setiap produk yang dihasilkan telah diperincikan untuk kegunaan bagi mengatasi, merawat & menyelesaikan permasalahan pesakit. Selain itu, ia juga menyerlahkan keanggunan & kecantikan setiap penggunanya. Boleh dilihat dari testimoni-testimoni yang berjaya, semuanya berpuas hati dan yakin dengan Jamu Nenek.

Apa lagi yang anda ingin tahu? Anda boleh menghubungi agen-agen yang dilantik, semestinya terlatih & pakar memberikan info-info yang terperinci serta padat.

Untuk lebih lanjut, anda boleh hubungi Ekin bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Consultation akan diberikan sehingga anda berpuas hati. ^_^