Monday, February 1, 2016

Fast Facts Tentang Jamu Nenek D'Azaa Herbs


Jamu Nenek telah diwarisi dari turun temurun sejak dari tahun 1982, oleh satu keluarga yang berketurunan campuran Melayu - Cina - Siam terletak di Pasir Mas Kelantan. Dari sekadar mengamalkan ramuan herba dan akar-akar kayu untuk kegunaan keluarga, kini ianya telah dikomersialkan dan mula dikenali oleh masyarakat.

Ramuan yang terdapat dalam setiap kapsul Jamu Nenek merupakan adunan serbuk dari bahan-bahan yang telah melalui proses pengeringan, kisar, masak sehingga garing (goreng), dizikirkan/disolat hajatkan, pengisian kapsul sehinggalah proses "packaging" serta penghantaran kepada stokis-stokis, agen-agen2 & kilang-kilang yang membuat tempahan. Terdapat lebih dari 200 jenis campuran ulam-ulaman, herba, putik / pucuk, rempah-ratus, akar-akar kayu, bunga-bungaan, makanan sunnah, malah saffron juga digunakan untuk menghasilkan kapsul yang berkualiti bagi menjamin kepuasan pelanggan.

Kini, terdapat lebih dari 9 jenis produk Jamu Nenek beserta harga yang berpatutan & mampu milik oleh semua golongan masyarakat. Pengasasnya merupakan seorang anak muda yang baru berumur lewat 20-an, tetapi mempunyai semangat yang besar & mampu membawa produk warisan turun temurun bersaing dengan jenama ternama di pasaran. Walaupun diuji, diduga & dilontarkan dengan pelbagai halangan namun, jiwanya yang kental & berwawasan sedikitpun tidak menggoyahkan azamnya untuk lebih maju kehadapan. Antara produk yang telah dikeluarkan adalah :

Produk Jamu Nenek:-
  • Jamu Dara Awet Muda (RM25)
  • Jamu Teruna Awet Muda (RM25)
  • Jamu Detoks Diet (RM25)
  • Jamu Diabetes (RM25)
  • Jamu Herbs For Skin (RM25)
  • Jamu Herba Putik (RM25)
  • Jamu Pucuk Dara (RM20)
  • Set Zuriat Adam&Hawa (RM50/2 botol)
  • Sabun Bird Nest Collagen (RM25)
  • Set Berpantang Jamu Nenek (rm130)

Pengasas Jamu Nenek - Norzafirah Che Omar


Sehingga hari ini, beliau telah melahirkan puluhan stokis & agen, yang sentiasa menyokong beliau mengembangkan sayapnya sehingga ke luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia, Canada, Egypt dan sebagainya. Walaupun dilihat pada cara pembungkusannya yang dianggap "low class", "produk cabuk", "lekeh" tetapi siapa sangka, penggunanya tidak langsung memandang pada luaran malah, kualiti terbaik yang dihasilkan mengatasi kekurangan yang terserlah. Syabas! Anak muda ini membuka banyak peluang perniagaan & sumber rezeki kepada masyarakat khususnya kepada ibu-ibu tunggal, orang kelainan upaya, anak-anak yatim & amnya kepada sesiapa sahaja yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Jamu Nenek hari ini menjadi sebutan masyarakat di negara ini kerana produknya merupakan bahan pelengkap kepada nutrien yang diperlukan oleh badan manusia. Berbeza dengan segala jenis "suppliment" yang ada dipasaran, jamu nenek hanyalah pemakanan herba seperti yang diamalkan oleh nenek moyang kita suatu masa dahulu, cuma kaedah & caranya telah dimodenkan serta dipermudahkan. Namun, khasiat & kebaikannya sedikitpun tidak hilang. Setiap produk yang dihasilkan telah diperincikan untuk kegunaan bagi mengatasi, merawat & menyelesaikan permasalahan pesakit. Selain itu, ia juga menyerlahkan keanggunan & kecantikan setiap penggunanya. Boleh dilihat dari testimoni-testimoni yang berjaya, semuanya berpuas hati dan yakin dengan Jamu Nenek.

Apa lagi yang anda ingin tahu? Anda boleh menghubungi agen-agen yang dilantik, semestinya terlatih & pakar memberikan info-info yang terperinci serta padat.

Untuk lebih lanjut, anda boleh hubungi Ekin bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Consultation akan diberikan sehingga anda berpuas hati. ^_^


No comments:

Post a Comment