Tuesday, February 23, 2016

Kenapa Badan Kita Perlu Detoksifikasi?


Ramai yang tak jelas mengenai maksud detox yang sebenar dan betapa pentingnya proses detox kepada kesihatan tubuh badan kita. 

Kenapa tubuh perlukan Detoksifikasi?

1. Singkir Toksin 

Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toksin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK!.. errkkk. Patutlah kulit makin kusam & kasar..

2. Mengelakkan Penyakit Kronik
Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toxin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit.

3. Menguatkan Sistem Imun
Semakin banyak pencemaran dan toxin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.

4. Mengurangkan Berat Badan
Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit lain seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.

5. Melambatkan Kesan Penuaan
Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam dan toxin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.

6. Meningkatkan Kualiti
Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toxin dan pencemaran yang . Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.

7. Tingkatkan Tenaga
Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meningkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga.

8. Membaiki Tahap Kesihatan Kulit
Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut.

9. Menyihatkan Minda dan Emosi
Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.

10. Memperbetulkan Semua Sistem Tubuh
Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.



Tak gemarkan sayur dalam diet harian? 
Buah buahan pun tak gemar? Apatah lagi ulam-ulaman?


JOM DETOKS CARA MUDAH DENGAN JAMU NENEK.  CUMA TELAN DAN BIARKAN KHASIAT JAMU MENJALAN TUGAS MENYINGKIRKAN TOKSIN & LEMAK BERLEBIHAN DALAM BADAN ANDA!

Monday, February 15, 2016

Rawatan Meruang Untuk Penjagaan Faraj

APAKAH ITU MERUANG?

Ramai wanita yang kurang ambil berat mengenai Rawatan Meruang.

Meruang seeloknya dilakukan setiap kali berhadas besar. Bermakna selepas haid, nifas atau selepas bersama suami.

Meruang sangat2 penting bagi mengekalkan kebersihan dan kemantapan faraj setiap untuk:

  • Mengelakkan keluarnya bau tidak menyenangkan dari faraj akibat kotoran darah/mani yg tertinggal.
  • Mengelakkan masalah keputihan
  • Merupakan cara mencegah penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
  • Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.
  • Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.

POSISI MERUANG (rujuk gambar)
1. Duduk di atas toilet bowl
2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl

CARA MERUANG.
1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan.
2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-rujuk gambar) dalam keadaan paha yg rileks. Memadai masukkan jari sehingga ruas pertama sahaja bagi anak dara.
3. Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.


Sumber: Google Image



Melalui proses ini kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi, maka ia bermaksud faraj anda sangat2 memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak, maksudnya faraj anda tidak rapi.

Ini juga merupakan cara2 untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas proses meruang, wanita itu tidak wajib solat.





Almaree Jamu Nenek Ekin
📲0133969564
🚗 Batu Caves, Bank Negara, Kuantan & Jerantut (occasionally)
📦 Daily shipping via Poslaju
💁 Free consultation

Monday, February 1, 2016

Fast Facts Tentang Jamu Nenek D'Azaa Herbs


Jamu Nenek telah diwarisi dari turun temurun sejak dari tahun 1982, oleh satu keluarga yang berketurunan campuran Melayu - Cina - Siam terletak di Pasir Mas Kelantan. Dari sekadar mengamalkan ramuan herba dan akar-akar kayu untuk kegunaan keluarga, kini ianya telah dikomersialkan dan mula dikenali oleh masyarakat.

Ramuan yang terdapat dalam setiap kapsul Jamu Nenek merupakan adunan serbuk dari bahan-bahan yang telah melalui proses pengeringan, kisar, masak sehingga garing (goreng), dizikirkan/disolat hajatkan, pengisian kapsul sehinggalah proses "packaging" serta penghantaran kepada stokis-stokis, agen-agen2 & kilang-kilang yang membuat tempahan. Terdapat lebih dari 200 jenis campuran ulam-ulaman, herba, putik / pucuk, rempah-ratus, akar-akar kayu, bunga-bungaan, makanan sunnah, malah saffron juga digunakan untuk menghasilkan kapsul yang berkualiti bagi menjamin kepuasan pelanggan.

Kini, terdapat lebih dari 9 jenis produk Jamu Nenek beserta harga yang berpatutan & mampu milik oleh semua golongan masyarakat. Pengasasnya merupakan seorang anak muda yang baru berumur lewat 20-an, tetapi mempunyai semangat yang besar & mampu membawa produk warisan turun temurun bersaing dengan jenama ternama di pasaran. Walaupun diuji, diduga & dilontarkan dengan pelbagai halangan namun, jiwanya yang kental & berwawasan sedikitpun tidak menggoyahkan azamnya untuk lebih maju kehadapan. Antara produk yang telah dikeluarkan adalah :

Produk Jamu Nenek:-
  • Jamu Dara Awet Muda (RM25)
  • Jamu Teruna Awet Muda (RM25)
  • Jamu Detoks Diet (RM25)
  • Jamu Diabetes (RM25)
  • Jamu Herbs For Skin (RM25)
  • Jamu Herba Putik (RM25)
  • Jamu Pucuk Dara (RM20)
  • Set Zuriat Adam&Hawa (RM50/2 botol)
  • Sabun Bird Nest Collagen (RM25)
  • Set Berpantang Jamu Nenek (rm130)

Pengasas Jamu Nenek - Norzafirah Che Omar


Sehingga hari ini, beliau telah melahirkan puluhan stokis & agen, yang sentiasa menyokong beliau mengembangkan sayapnya sehingga ke luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia, Canada, Egypt dan sebagainya. Walaupun dilihat pada cara pembungkusannya yang dianggap "low class", "produk cabuk", "lekeh" tetapi siapa sangka, penggunanya tidak langsung memandang pada luaran malah, kualiti terbaik yang dihasilkan mengatasi kekurangan yang terserlah. Syabas! Anak muda ini membuka banyak peluang perniagaan & sumber rezeki kepada masyarakat khususnya kepada ibu-ibu tunggal, orang kelainan upaya, anak-anak yatim & amnya kepada sesiapa sahaja yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Jamu Nenek hari ini menjadi sebutan masyarakat di negara ini kerana produknya merupakan bahan pelengkap kepada nutrien yang diperlukan oleh badan manusia. Berbeza dengan segala jenis "suppliment" yang ada dipasaran, jamu nenek hanyalah pemakanan herba seperti yang diamalkan oleh nenek moyang kita suatu masa dahulu, cuma kaedah & caranya telah dimodenkan serta dipermudahkan. Namun, khasiat & kebaikannya sedikitpun tidak hilang. Setiap produk yang dihasilkan telah diperincikan untuk kegunaan bagi mengatasi, merawat & menyelesaikan permasalahan pesakit. Selain itu, ia juga menyerlahkan keanggunan & kecantikan setiap penggunanya. Boleh dilihat dari testimoni-testimoni yang berjaya, semuanya berpuas hati dan yakin dengan Jamu Nenek.

Apa lagi yang anda ingin tahu? Anda boleh menghubungi agen-agen yang dilantik, semestinya terlatih & pakar memberikan info-info yang terperinci serta padat.

Untuk lebih lanjut, anda boleh hubungi Ekin bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Consultation akan diberikan sehingga anda berpuas hati. ^_^